Wednesday, 23 May 2012

resepi Nestum Chicken Fingers with Thousand Island Sauce

resepi ni sayaambil daripada adik-adik junior saya yang join pertandingan memasakdan diorang dapat johan dengan menggunakan resepi ni....taniah....so saya pulak nak resepi ni dengan pembaca blog saya.so nanti practice la,rugi kalau x practice sebbab resepi ni sedap.saya dah cuba korang bila lagi.... selamat mencuba...


 Nestum Chicken Fingers with Thousand Island Sauce

sedapnyer macam makanan segera ja,tapi makanan ni lagi berkhasiat sebab kita yang buat sendiri.So kita jamin sihat.


inilah chef yang mendapat johan.depa ni kumpulan ' Hospitality Girlz'.


ni hiasan makanan lengkap dengan sayur,fries dan minuman koktel...
minuman koktel ni mesti ambil resepi saya.
taniah buat korang.

bahan-bahan : (untuk 10 orang makan)

1 kg fillet ayam / dada ayam pon x pa janji isi ayam
500 gram nestum
500gram tepung jagung
3 biji telur ( telah dipukul )
serbuk lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa


cara membuat :
1.Potong isi ayam menjadi seperti jejari.
2.Gaulkan jejari ayam tadi dengan serbuk lada hitam bersama garam sehingga sebati.Kemudian perap isi ayam  tadi selama 15 minit.
3.Selepas 15 minit,gaulkan jejari ayam dengan tepung jagung.Kemudian jejari ayam tadi di celup ke dalam telur yang telah dipukul.
4.Setelah jejari ayam dicelup ke dalam telur,gaulkan jejari ayam dengan nestum sehingga rata.Ulangi langkah yang sama sehingga habis.
5.Akhir sekali goreng jejari ayam tadi sehingga kuning keemasan dengan menggunakan api yang kecil.Api jangan terlalu kuat nanti jejari ayam x masak.sSetelah masak akan jadi seperti di bawah :




bahan-bahan untuk sos :

5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar mayonis

cara membuat :

1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.Setelah siap akan jadi seperti dibawah :




.....SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment