inilah puding koktel buah tapi yang ni tak da kuahnya...
Bahan-bahan :
1 pake agar-agar tali
5 cawan gula pasir
1 liter air
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan koktel
sehelai daun pandan
Cara membuatnya :
1.Masukkan air ke dalam periuk dan nyalakan api yang sederhana.Masukkan daun pandan untuk mengharumkan bau puding kita.
2.Tunggu sampai air mendidih baru masukkan agar-agar dan gula.Kacau sampai agar-agar dan gula hancur.
3.Setelah bahan yang di masak hancur,tapiskan bahan tadi dan masuk ke dalam acuan puding.
4.Campurkan susu cair dan kacau sebati.
5.buah koktel pula,airnya ditapis dan ambil buah koktel sahaja.Buah koktel tadi di masukkan kedalam puding dan kacau rata.
6.Sejukkan puding tadi.Setelah sejuk tuangkan sirap coklat.
Info :
* buah koktel boleh digantikan dengan nata de coco
* gunakan agar-agar serbuk pon boleh
* tak letakkan daun pandan pon tak pa
* gula tu kalau rasa tak manis lagi,boleh tambah lagi.Ikut kesukaan.
Info :
* buah koktel boleh digantikan dengan nata de coco
* gunakan agar-agar serbuk pon boleh
* tak letakkan daun pandan pon tak pa
* gula tu kalau rasa tak manis lagi,boleh tambah lagi.Ikut kesukaan.
...SELAMAT MENCUBA...

No comments:
Post a Comment