Inilah resepi kek yang pertama aku try buat.Akhirnya menjadi.terasa bangga betui time tu.hehehe.Pastu aku pon buat kek coklat tu banyak kali untuk dijual kat hostel aku.Banyak junior puji..."Kak Dayah,sedapnyer kek yang kak dayah buat..."aku pon tersenyum bangga.hehehe.Alhamdulillah ada juga rezeki sambil meunggu result SPM keluaq.Jadi sapa nak try buat,pi beli barang yang nak guna dan caranya...Selamat mencuba....
Bahan-bahannya :
1 1/2 cawan tepung gamdum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu cair F&N
1 cawan minyak jagung Daisy
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik /baking powder
2 biji telur
Cara membuatnya :
1.Mula-mula sekali,ayak tepung gandum,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder.Ketepikan.
2.Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
3.Kemudian,masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit,di selang-seli dengan susu cair dan minyak.
4.Sambil itu,panaskan periuk pengukus.
5.Pukul semua bahan sehingga sebati.
6.Sapukan mentega atau gunting kertas minyak mengikut saiz loyang,untuk memudahkan kek dikeluarkan apabila sejuk.
7.Masukkan adunan tadi ke dalam bekas yang disediakan.
8.Kukuskan kek selama 1 jam.
Extra resepi :
Topping Coklat
Bahan-bahannya :
1 cawan serbuk koko ( yang telah diayak )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 sudu besar butter
1 cawan air panas
Cara membuatnya :
1.Masuk semua bahan ke dalam periuk kecuali air.Letakkan periuk di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.Kacau perlahan-lahan dan masukkan air panas.
2.Kacau sampai semua bahan sebati dan tutup api.Biarkan sejuk.
3.Selepas sejuk tuangkan topping di atas kek dan taburkan chocolate rice.
Info :
* Kalau nak guna blender pon boleh,tapi dalam blender tu masukkan bahan yang basah seperti telur,gula , minyak dan susu cair.Lagi jimat masa.Jangan masuk tepung sudah.Kalau yang tu kena pukul dengan senduk kayu atau guna mixer.
* susu cair : kalau nak guna susu cair yang minuman pon boleh,contoh susu dutch lady.Susu tepung pon boleh tapi kena bancuh dahulu.Siapa nak guna susu tepung ni untuk jimatkan kos la.
* Minyak jagung juga boleh digantikan dengan menggunakkan minyak masak kat rumah tu.Janji minyak.Macam mana pon kek kita tetap sedap.
* Dalam periuk pengukus tu boh air banyak sikit.Tudung periuk tu pulak di balut dengan kertas minyak atau kertas aluminium,supaya air wap tak jatuh atas kek.Nanti tak cantik la kek yang kita buat.
* Selain masak dalam loyang,kek ni boleh buat kek cawan kukus...sebab saya dah try.Tambah - tambah lagi kita letakkan topping coklat dan chocolate rice.Terangkat gitu.
* Topping coklat tu selalunya orang lain gunakan coklat bar.Kalau beli coklat bar,jadi mahal balik.So,baik guna serbuk koko just tambah sikit bahan lain.
...SELAMAT MENCUBA...